Jenazah Prof Shaharuddin selamat dikebumikan
SEPANG: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis pada pukul 9.40 pagi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis pada kira-kira pukul 9.10 pagi.
Shaharuddin, 56 tahun, yang juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.28 petang Khamis di Hospital Putrajaya.
Kira-kita 500 jemaah hadir untuk solat jenazah dan kemudian majlis pengebumian Allahyarham.
Antara yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta beberapa anggota keluarga dan kenalan Allahyarham.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui catatan di Twitternya turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan Allahyarham mendapat husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.
Mohamed Azmin turut menyifatkan arwah sebagai individu yang cukup disenangi pelbagai pihak khususnya masyarakat di Selangor.
Beliau berkata Allahyarham juga komited dengan agenda reformasi selain sering melontarkan idea-idea baharu terutama dalam mesyuarat kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.
Beliau kemudian dilantik menjadi anggota Exco kerajaan negeri dan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Mei lalu.
Allahyarham meninggalkan isteri Adibah Ahmad, 57 tahun, dan enam anak, Mohd Syazwanuddin, 30 tahun, Atiqah Syairah, 29 tahun, Atiah Nadzrah, 28 tahun, Muhammad Saifuddin, 25 tahun, Muhammad Salahuddin, 23 tahun, dan Ainun Syafiqah, 18 tahun, serta seorang cucu lelaki berusia dua tahun.
Sumber: astroawani

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis pada pukul 9.40 pagi. @501Awani pic.twitter.com/xC3iuYGpx1— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) August 3, 2018
TPM, DS @drwanazizah dan Naib Presiden PKR @tianchua turut hadir untuk majlis pengebumian Prof Dr Shaharuddin Baharuddin. Solat jenazah pula dibuat dua kali untuk memberi peluang kepada jemaah yang tidak sempat. @501Awani pic.twitter.com/y0cVa3SQy2— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) August 3, 2018
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui catatan di Twitternya turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan Allahyarham mendapat husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.
Mohamed Azmin turut menyifatkan arwah sebagai individu yang cukup disenangi pelbagai pihak khususnya masyarakat di Selangor.
Beliau berkata Allahyarham juga komited dengan agenda reformasi selain sering melontarkan idea-idea baharu terutama dalam mesyuarat kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.
Al-fatihah. Buat kali kedua selepas PRU14, KEADILAN berduka kerana kehilangan rakan seperjuangan kami. Salam takziah kepada keluarga YB Prof Dr Shaharuddin, Adun Seri Setia yang telah kembali ke Rahmatullah.— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) August 2, 2018
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman pic.twitter.com/nyklxC9c1L