Siti pantau anak menerusi CCTV

Siti pantau anak menerusi CCTV


PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkata perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia empat bulan.

Memandangkan teknologi hari ini serba canggih, Siti memberitahu dia menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengubat kerinduan tersebut.

"Rindu tu sentiasa ada. Kalau saya perlu hadiri program seni, memang teringat anak di rumah.

"Jadi, saya melihat dan memantau Aafiyah menerusi CCTV yang disambungkan terus ke telefon bimbit saya.

"Kalau nampak saya tunduk tengok telefon, maknanya saya tengah intai Aafiyah di rumahlah tu," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini mendedahkan dua bulan pertama kelahiran Aafiyah merupakan antara pengalaman paling mencabar sebagai ibu.

Dalam tempoh tersebut, dia perlu membiasakan diri menjaga bayi yang masih kecil dan mengakui kitaran tidurnya sedikit berubah.

"Masa awal-awal dulu agak mencabar kerana perlu bangun tengah-tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin.

"Waktu tidur pun berubah, tapi sekarang alhamdulillah, semuanya sudah okay. Aafiyah tak banyak ragam dan mudah dijaga," ujarnya.


Sumber: sinarharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==